Jenama ROG atau dikenali dengan Republic Of Gamers adalah satu jenama yang sangat dikenali oleh peminat gamers. Pada events Computex 2018, Asus mengumumkan ROG Phone dan spesifikasi telefon gaming berkenaan.

ROG Phone merupakan saingan bagi Razer Phone dalam pasaran telefon pintar bercirikan gaming. Bagi memastikan telefon ini dapat mengendalikan permainan video dengan baik, ia dilengkapi dengan 2.96 Ghz Qualcomm Snapdragon 845 chip. Untuk pengetahuan korang, ini merupakan Snapdragon yang paling pantas dalam pasaran.

Telefon ini dilengkapi dengan paparan 90 Hz serta 1ms respons time.

Spesifikasi
Processor speed-binned 2.96GHz Qualcomm Snapdragon 845
GPU Qualcomm Adreno 630
Display 6-inch, 18:9 (2160 x 1080) OLED panel with 90Hz refresh rate and 1ms pixel response time; includes HDR support and 108.6 percent DCI-P3 color gamut coverage
Dimensions 158.8mm x 76.2mm x 8.6mm
Weight 200g
Battery 4,000mAh
Memory 8GB RAM
Storage 128GB or 512GB
Wireless 802.11ad Wi-Fi and Bluetooth 5
Headphone jack Yes
Audio Dual front-facing stereo speakers; 24-bit/192kHz DAC; DTS Headphone:X 7.1-channel virtual surround sound; AptX support

 

Dengan RAM bersaiz 8GB dan Snapdragon yang pantas semestinya ROG Phone merupakan satu telefon pintar yang mampu mengendalikan semua games dengan memberikan frame rate yang tinggi.

Storage 512GB juga boleh dikatakan telefon android yang menawar ruang storage yang sangat besar ketika ini.

Tak cukup dengan itu lagi, ROG Phone juga mempunyai “X Mode” dengan cara mengaktifkan mode tersebut di bahagian tepi telefon pintar ini bagi memaksimakan performance telefon ini.

Bila X Mode diaktifkan, tema UI akan bertukar menjadi merah serta dengan automatiknya memadam process background dan menumpukan RAM terhadap games yang korang main.

Selain itu, ROG Phone juga dilengkapi dengan AeroActive Cooler, merupakan aksesori kipas yang juga dikawal oleh ciri X Mode

ROG Phone juga mengenalkan AirTriggers, yang juga boleh dikustom oleh pengguna membantu mengekalkan skrin kawalan ketika bermain. Aksesori juga merupakan sesuatu peranan yang besar dalam ROG Phone, seperti GamePad yang dilengkapi dengan analog sticks, butang trigger seperti RI L1 dan butang khas untuk kegunaan gaming. ROG Phone juga boleh menggunakan WiGig Dock untuk stream secara wireless dengan 60GHz 802.11ad Wi-Fi – boleh disambung dengan TV terdekat tanpa lag.

ROG PHONE juga boleh disambungkan ke monitor, keyboard dan mouse sebagai paparan ke pc biasa

Semua ini boleh dilakukan dengan menggunakan TwinView Dock yang juga mempunyai bateri sebesar 6000mAh. Secara kesimpulannya, Asus telah memberikan usaha yang baik dalam melancarkan telifon pintar bercirikan gaming.

Tinggalkan Komen

Sila masukkan komen ada!
Sila masukkan nama anda