Terima kasih kerana melawati KatDia.com. KatDia merupakan laman web yang memaparkan berita-berita terkini mengenai video games, gadget, event e-sukan dan pelbagai lagi berkaitan indusri gaming di Malaysia.

Selain itu kami akan membincangkan tips-tips permainan video serta mempamerkan konsep hiburan melalui video-video menarik,

So korang boleh dapatkan pelbagai info menarik dan terkini mengenai e-sukan di KatDia.com . Diharapkan artikel-artikel kami dapat membantu meningkatkan industri e-sukan di Malaysia.

Sekiranya nak naikkan industri e-sukan, kita perlu mengenali player-player profesional tanah air.

Takkan nak main hantar je Team dalam mana-mana tournament kan. Pemain dan pasukan yang dihantar mestilah handal dan berbakat. So kebanyakkan diorang ni ada buat stream LIVE dan KatDia ini juga merupakan platform untuk memperkenalkan diorang serta mempromosikan streamer-streamer kita yang kacak, cun, dan handal-handal belaka semua ni.

Selain dari mempamerkan streamer-streamer yang ada di Malaysia. Kami juga tidak keberatan untuk menceritakan hal ehwal mengenai pasukan-pasukan e-sukan yang ada di Malaysia. So korang boleh follow tentang pasukan kegemaran korang. Atau, sekiranya anda mempunyai pasukan, boleh e-mel kami pasal maklumatkan korang. Nanti admin boleh promote korang. Haaa untung badan.

Masih tidak terlambat untuk menjadi PRO dalam dunia e-sukan

Kalo nak jadi PRO ni kena memerlukan semangat yang tinggi. Kena rajin berusaha dan training sekerap mungkin.

Selain itu, kita juga memerlukan Gadget yg agak baik. Contohnya seperti headphone. Kalo headphone tak bagus pisang lah kita nk dengar arah musuh dalam game PUBG contohnya. Betol tak.

Tak mintak yang mahal-mahal sangat sampai berpuluh riban tu. Serius ada wei. Kadang-kadang yang ratusan ringgit pun dah cukup bagus.

Mana satu alat yg bagus? Cuma kadang-kadang kita tak tahu yang mana terbaik dan sesuai untuk kita. Dapat yg sesuai, experience gameplay akan lebih baik.

Di KatDia kami juga ada menceritkan mengenai hal-hal gadget. Bukan sekadar cerita, kami akan selitkan berita sekiranya ada diskaun. Haaa so kena bukak la selalu KatDia. Kami di Admin akan sentiasa pantau sekiranya ada SALES & DISKAUN. Bukan kami yang jual OK. Kalo ada barang-barang menarik kami akan post. Kalo ada produk yang best-best kami akan review atau ada sesiapa yg review boleh kami tolong uploadkan sekiranya diberi kebenaran. Kalau korang nk submit, pun boleh. Hantar kat admin@katdia.com.

PLAYER-player profesional juga perlu update untuk semua pertandingan e-sukan

Yang mana team-team yang hebat tu, boleh la join mana-mana tournament. Kalau ada rezeki boom boleh masuk pertandingan besar-besar. Sekarang ni hadiah e-sukan pun hebat hadiahnya, sampai dah mencecah jutaan ringgit. Nak cari tournament susah? biasa lah kadang-kadang berita tak sampai. Jangan risau, kami barisan admin akan cuba untuk carikan tournament-tournament yang ada dan post di ruang EVENTS. So korang boleh tengok kalo ada yang berkenan nak cuba. Kena kalo korang hebat siap dapat sponsorship dan gaji lagi. Masa tu barulah e-sukan di Malaysia ni bertambah hebat.

P/S : Kalo menang jangan lupa admin KatDia!

Akhir kata, majulah e-sukan untuk negara. Terima Kasih.

 

Tinggalkan Komen

Sila masukkan komen ada!
Sila masukkan nama anda