Untuk pengetahuan korang, kami bercadang untuk jadikan KatDia.com salah satu komuniti streamer-streamer di Malaysia. Kami mahu mengumpul semua maklumat streamer-streamer yang ada di Malaysia. Semuanya akan diletakkan di dalam website kami bagi memudahkan fans-fans anda tengok semua detail anda seperti FB, Twitter, Twitch, steamlabs, loots dll.

Bukan sekadar detail, kami akan letakkan (embed) twitch, facebook atau youtube LIVE di KatDia.com

Kadang-kadang kan kesian kat viewers lupa detail streamer sampai skrol2 kt FB sampai nak berlubang HP. Biasa la tu, adat manusia lupa. Selain tu, senang jugak diorang nk cari or husya2 streamer lain. Susah senang bersama ! Mari martabatkan streamer2 Malaysia !

Diharapkan korang menyokong usaha murni kami ni. Kami nk tolong promote korang ni. Jangan risau apa kami buat ni semuanya FREE. Tiada bayaran akan dikenakan dan kalo korang nk tahu sekiranya duit Advertisement or Sponsorhip yang kami ada, akan digunakan untuk promosi KatDia.com untuk post-post korang. KatDia.con popular korang pun popular siap dapat sosial media ads percuma.

Kalo korang berminat, boleh guna link dibawah untuk hantar maklumat korang atau E-melkan kepada kami maklumat korang.

Cuma buat masa ni kami terhadkan untuk genre-genre tertentu. Sekiranya ada cadangan atau pendapat sila hubungi kami.

Genre Pilihan

  • PUBG PC
  • PUBG Mobile
  • Mobile Legends
  • CSGO
  • Dota 2

Terima Kasih. Majula E-Sukan untuk negara.

 

Tinggalkan Komen

Sila masukkan komen ada!
Sila masukkan nama anda