SOP cegah Covid-19 berjaya kurangkan 60% penyakit berjangkit, kata Hisham

2 months ago 4
ARTICLE AD
Antara SOP atau langkah pencegahan Covid-19 ialah penjarakan sosial, mengamalkan kebersihan diri dan meningkatkan kawalan sempadan untuk memutuskan rantaian jangkitan virus itu.

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata lebih 60% penyakit berjangkit dapat dikurangkan dengan SOP pencegahan Covid-19 seperti penjarakan sosial dan amalan penjagaan kebersihan.

Beliau berkata demikian ketika ditanya penemuan virus selesema babi G4 daripada genetik H1N1 yang berupaya menjadi pandemik di China.

“Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan keluarkan satu kenyataan, tetapi apa yang pasti, kalau kita amalkan langkah pencegahan dan jaga kebersihan diri seperti sekarang kita amalkan SOP ditetapkan, kita boleh memutuskan jangkitan penyakit berjangkit.

“Kalau lihat setakat ini, walaupun tindakan kita untuk Covid-19, tetapi penyakit berjangkit yang menular secara sentuhan seperti penyakit campak, kuku dan mulut, ‘chicken pox’ (cacar air) dan sebagainya telah kurang lebih 60%,” katanya pada sidang media hari ini.

Dr Noor Hisham Abdullah

Beliau berkata, meningkatkan kawalan sempadan dan amalan menjaga kebersihan diri boleh memutuskan rantaian penyakit berjangkit.

Semalam, media melaporkan penyelidik di China menemui virus selesema babi G4 daripada genetik H1N1.

Kajian diterbitkan jurnal sains Amerika Syarikat, PNAS, yang memetik laporan penulis dan saintis di universiti China serta Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China mendapati virus itu memiliki semua ciri penting yang mampu menjangkiti manusia.

Hasil pemerhatian mendapati G4 ialah virus mudah berjangkit, meniru sel manusia dan menyebabkan simptom serius ke atas musang yang dijadikan bahan eksperimen berbanding virus lain.

Read Entire Article