• Home
  • Laws of Malaysia

LAWS OF MALAYSIA

ONLINE VERSION OF UPDATED TEXT OF REPRINT

Act 493 - ENTERTAINMENT (FEDERAL TERRITORY OF KUALA LUMPUR) ACT 1992

  • ENTERTAINMENT (FEDERAL TERRITORY OF KUALA LUMPUR) ACT 1992

    As at 1 February 2013

    Prohibition to sell, etc., ticket for an entertainment and to advertise or publicize before licence is obtained

    13. (1) It shall be unlawful for any person—

    (a) to give, distribute, sell or offer for sale any ticket for admission to, or invite any person to any entertainment or to cause to be made such gift, distribution, sale, offer or invitation; or

    (b) in any manner whatsoever to advertise or publicize or to cause to be advertised or publicized any entertainment to be performed in a place of entertainment,

    unless there has been a licence granted under section 4 in respect of that entertainment.

    (2) Any person who contravenes subsection (1) shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine of not less than five thousand ringgit but not more than fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding five years or to both.

    Restriction on the unauthorized sale of tickets

    14. (1) No person shall sell or offer or exhibit or have in his possession for sale or solicit for the purchase of, any ticket authorizing or purporting to authorize admission to any place of entertainment in any public thoroughfare, or in the entrance hall of or approaches to any such place, except at a box-office, booth, turnstile or counter appointed by the proprietor or manager of that place or by the organizer of the entertainment held therein.

    (2) Any person who contravenes subsection (1) shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine of not less than one thousand ringgit but not more than five thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years or to both.

    Prohibition on the sale of intoxicating liquor to person under the age of twenty-one

    14A. (1) No person to whom a licence has been granted in respect of a place of entertainment shall supply or sell or permit to be supplied or sold or suffer the supply or sale of intoxicating liquor at such place of entertainment to any person under the age of twenty-one years.

    (2) Any person who contravenes subsection (1) shall be guilty of an offence.

  • AKTA HIBURAN (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 1992

    Sebagaimana pada 1 Februari 2013

    Larangan menjual, dsb., tiket bagi sesuatu hiburan dan mengiklankan atau menyerantakannya sebelum mendapat lesen

    13. (1) Adalah menyalahi undang-undang bagi mana-mana orang—

    (a) memberikan, membahagi-bahagikan, menjual atau menawarkan untuk menjual apa-apa tiket untuk menghadiri, atau mengundang mana-mana orang menghadiri, mana-mana hiburan atau menyebabkan apa-apa pemberian, pembahagian, penjualan, penawaran atau undangan sedemikian dibuat; atau

    (b) dengan apa-apa cara jua pun mengiklankan atau menyerantakan atau menyebabkan diiklankan atau diserantakan dipersembahkan di sesuatu tempat hiburan,

    melainkan jika suatu lesen telah diberikan di bawah seksyen 4 berkenaan dengan hiburan itu.

    (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah bersalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak kurang daripada lima ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

    Sekatan ke atas penjualan tiket tanpa kebenaran

    14. (1) Tiada seorang pun boleh menjual, atau menawarkan untuk mempamerkan atau ada dalam miliknya untuk dijual, atau memujuk rayu supaya dibeli, apa-apa tiket yang membenarkan atau berupa sebagai membenarkan kemasukan ke mana-mana tempat hiburan di mana-mana jalan lalu awam, atau di ruang masuk atau jalan masuk ke mana-mana tempat itu, kecuali di pejabat penjualan tiket, warung, lawang putar atau kaunter yang ditetapkan oleh tuan punya atau pengurus tempat itu atau oleh pengelola hiburan yang diadakan di dalamnya.

    (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah bersalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

    Larangan mengenai penjualan minuman keras yang memabukkan kepada orang yang berumur di bawah dua puluh satu

    14A. (1) Tiada seorang pun yang kepadanya suatu lesen telah diberikan berkenaan dengan suatu tempat hiburan boleh membekalkan atau menjual atau membenarkan dibekalkan atau dijual atau membiarkan pembekalan atau penjualan minuman keras yang memabukkan di tempat hiburan itu kepada mana-mana orang yang berumur di bawah dua puluh satu tahun.

    (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.

Act 150 - PASSPORT ACT 1966

  • AKTA PASPORT 1966

    Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

    Kuasa untuk mendakwa

    10G. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), tiap-tiap pegawai kanan imigresen, pegawai kanan polis atau pegawai kanan kastam hendaklah mempunyai kuasa untuk hadir di dalam mahkamah dan untuk menjalankan apa-apa pendakwaan berkenaan dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini:

    Dengan syarat bahawa dalam hal seseorang pegawai kanan imigresen atau pegawai kanan kastam, pemberikuasaan itu masingmasing tertakluk kepada kelulusan Ketua Pengarah atau Ketua Pengarah Kastam dan Eksais.

    (2) Tiada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan tanpa keizinan bertulis Pendakwa Raya.

    Peraturan-peraturan

    11. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan secara am bagi maksud Akta ini.

    Kesalahan

    12. (1) Mana-mana orang yang—

    (a) memalsukan, mengubah atau mengusik pasport atau dokumen perjalanan dalam negerinya, atau mana-mana visa atau pengendorsan dalamnya, atau tanpa kuasa yang sah menggunakan atau cuba menggunakan, atau ada dalam milikannya, mana-mana pasport atau dokumen perjalanan dalam negeri yang telah dipalsukan, diubah atau diusik sedemikian;

    (b) menyamar atau secara salah mengemukakan dirinya sebagai atau bukan sebagai seorang yang kepadanya suatu pasport atau dokumen perjalanan dalam negeri telah dikeluarkan dengan sewajarnya;

    (c) dengan niat hendak mendapatkan bagi dirinya suatu pasport, dokumen perjalanan dalam negeri, atau suatu pengendorsan atau visa dalam pasportnya, dengan secara disedarinya membuat apa-apa pernyataan palsu atau mengemukakan apa-apa dokumen yang diketahuinya sebagai palsu tentang apa-apa butir;

    (d) tanpa kuasa yang sah, ada dalam milikannya mana-mana pasport atau dokumen perjalanan dalam negeri yang telah diperoleh hasil pembuatan apa-apa pernyataan material yang palsu atau mengelirukan, atau hasil pengemukaan keterangan palsu;

    (e) membenarkan mana-mana orang memiliki mana-mana pasport atau dokumen perjalanan dalam negeri yang dikeluarkan bagi penggunaannya sahaja, dengan niat atau menyedari bahawa pasport atau dokumen perjalanan dalam negeri itu boleh digunakan oleh mana-mana orang lain;

    (f) tanpa kuasa yang sah, ada dalam milikannya mana-mana pasport atau dokumen perjalanan dalam negeri yang dikeluarkan bagi penggunaan seseorang selain dirinya sendiri;

    (g) dengan sengaja membantu mana-mana orang memasuki Malaysia berlawanan dengan Akta ini;

    (h) dengan sengaja membantu mana-mana orang melanggar Akta ini; atau

    (i) menggalang atau menghalang mana-mana pegawai imigresen, pegawai polis atau pegawai kastam dalam menunaikan kewajipannya di bawah Akta ini,

    melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

    (2) Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan Akta ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, jika tiada penalti lain diperuntukkan oleh Akta ini, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

    Kesalahan yang berhubungan dengan pemerolehan pasport, dsb. bagi orang lain

    12A. Mana-mana orang yang dengan niat hendak mendapatkan bagi mana-mana orang lain suatu pasport, dokumen perjalanan dalam negeri, atau suatu pengendorsan atau visa dalam pasport, dengan disedari membuat apa-apa pernyataan palsu atau mengemukakan apa-apa dokumen yang diketahuinya palsu tentang apa-apa butir adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit tetapi tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak melebihi lima tahun.

    Membuat pasport palsu, dsb.

    12B. Mana-mana orang yang membuat apa-apa dokumen palsu—

    (a) yang diniatkan untuk digunakan oleh dirinya atau oleh mana-mana orang lain; atau

    (b) yang digunakan oleh dirinya atau oleh mana-mana orang lain,

    sebagai suatu pasport bagi maksud Akta ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada lima belas ribu ringgit tetapi tidak melebihi seratus ribu ringgit dan dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun tetapi tidak melebihi sepuluh tahun dan disebat tidak melebihi enam sebatan rotan.

Act 333 - ROAD TRANSPORT ACT 1987

  • ROAD TRANSPORT ACT 1987

    Incorporating all amendments up to 1 July 2006

    Recognition of driving licences of other countries

    28. A driving licence issued under the corresponding provisions of any law in force in any country which is a party to a treaty to which Malaysia is also a party and which purports to recognize domestic driving licences issued by the contracting countries shall, so long as such licence remains in force in that country, be deemed to be a driving licence granted under this Part.

  • AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987

    Sebagaimana pada 1 Februari 2013

    Pengiktirafan lesen memandu negara lain

    28. Sesuatu lesen memandu yang dikeluarkan di bawah peruntukan yang bersamaan dengan mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di mana-mana negara yang menjadi pihak dalam sesuatu triti yang mana Malaysia juga menjadi pihak dan berupa sebagai mengiktiraf lesen memandu domestik yang dikeluarkan oleh negara pejanji hendaklah, selagi lesen tersebut masih berkuat kuasa di negara itu, disifatkan sebagai lesen memandu yang diberikan di bawah Bahagian ini.

Act 334 - POLICE ACT 1967

  • POLICE ACT 1967

    As at 1 October 2012

    Duty on public roads

    21. (1) It shall be the duty of police officers―

    (a) to regulate, control and divert any traffic;

    (b) to keep order on public roads, streets, thoroughfares and landing places, and at other places of public resort and places to which the public have access; and

    (c) to prevent obstruction on the occasions of assemblies on public roads and streets, and in any case, when any road, street, thoroughfare, landing place or ferry may be thronged or liable to be obstructed.

    (2) Any person who obstructs, opposes or disobeys any reasonable direction given by any police officer in the performance of his duties under this section shall be guilty of an offence and shall be liable on conviction to a fine not exceeding two hundred ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three months or to both.

    (3) Any person who commits an offence under this section may be arrested without warrant unless he gives his name and address and otherwise satisfies the police officer that he will duly answer any summons or other proceedings that may be taken against him.

    Power to erect road barriers

    26. (1) Notwithstanding anything contained in any other law, any police officer may, if he considers it necessary so to do for the maintenance and preservation of law and order or for the prevention or detection of crime, erect or place or cause to be erected or placed any barriers on or across any public road or street or in any public place in such manner as he may think fit; and any police officer may take all reasonable steps to prevent any person from passing or any vehicle from being driven past any such barrier.

    (2) Any person who fails to comply with any reasonable signal of a police officer requiring such person or vehicle to stop before reaching any such barrier shall be guilty of an offence and shall be liable to imprisonment for a term not exceeding twelve months or to a fine not exceeding one thousand ringgit or to both; and any police officer may, without warrant, arrest such person unless he gives his name and address and otherwise satisfies the police officer that he will duly answer any summons or other proceedings that may be taken against him.

    (3) No police officer shall be liable for any loss, injury or damage caused to any person or property consequent upon his taking the steps mentioned in subsection (1).

    Power to make rules and orders for the control of traffic

    29. (1) A Commissioner or a Chief Police Officer may in respect of a State, with the approval of the Menteri Besar or the Chief Minister of that State, as the case may be, make rules for―

    (a) keeping order and preventing obstruction or inconvenience on public roads, streets, thoroughfares, landing places and ferries and at publicity places and at places of public resort (whether such places are on State land or otherwise);

    (b) prohibiting the use of specified public roads, streets, thoroughfares, landing places and ferries either absolutely or conditionally.

    (2) A Commissioner or a Chief Police Officer may make orders prescribing the routes by which vehicles shall, for the purpose of setting down and taking up persons, drive up to and leave any landing place, ferry or place of assembly or of public resort, and the places where and the order in which such vehicles shall wait for the purposes aforesaid:

    Provided that no order for the parking of vehicles upon land in private ownership under this subsection shall be made except with the consent of the owner or occupier of such land.

    (3) There may be annexed to the breach of any of the rules or orders aforesaid a penalty not exceeding two hundred ringgit.

  • AKTA POLIS 1967

    Sebagaimana pada 1 Oktober 2012

    Tugas di jalan awam

    21. (1) Adalah menjadi tugas pegawai polis―

    (a) mengatur, mengawal dan melencongkan mana-mana lalu lintas;

    (b) menjaga ketenteraman di jalan awam, lorong, jalan tembus dan tempat mendarat, dan tempat kunjungan awam yang lain dan tempat di mana orang awam ada akses; dan

    (c) mencegah halangan pada waktu perhimpunan di jalan awam dan lorong, dan dalam mana-mana hal, bila manamana jalan, lorong, jalan tembus dan tempat mendarat atau feri mungkin penuh sesak atau menjadi terhalang.

    (2) Seseorang yang menghalang, membangkang atau ingkar menurut apa-apa arahan yang munasabah yang diberi oleh manamana pegawai polis dalam melaksanakan tugasnya di bawah seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi dua ratus ringgit atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

    (3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh ditangkap tanpa waran melainan dia memberi kepada pegawai polis itu nama dan alamatnya dan selainnya memuaskan hati pegawai polis itu yang dia akan mematuhi dengan sewajarnya apaapa saman atau prosiding lain yang mungkin diambil terhadapnya.

    Kuasa untuk mendirikan sekatan jalan

    26. (1) Walau apa pun yang terkandung dalam mana-mana undangundang lain, mana-mana pegawai polis boleh, jika difikirkannya perlu untuk berbuat demikian bagi memelihara dan mengekalkan undang-undang dan ketenteraman atau untuk mencegah atau mengesan jenayah, mendirikan atau meletakkan atau menyebabkan didirikan atau diletakkan apa-apa sekatan di atas atau melintang mana-mana jalan awam atau lorong atau di mana-mana tempat awam dengan apa-apa cara yang difikirkannya patut; dan mana-mana pegawai polis boleh mengambil semua langkah yang munasabah untuk mencegah mana-mana orang daripada melalui atau mana-mana kenderaan daripada merempuh lalu mana-mana sekatan itu.

    (2) Seseorang yang tidak mematuhi apa-apa isyarat yang munasabah yang diberi oleh seorang pegawai polis yang menghendaki orang atau kenderaan itu berhenti sebelum sampai mana-mana sekatan itu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya; dan mana-mana pegawai polis boleh, tanpa waran, menangkap orang itu melainkan dia memberi nama dan alamatnya dan, selainnya, memuaskan hati pegawai polis yang dia akan mematuhi dengan sewajarnya apa-apa saman atau prosiding lain yang mungkin diambil terhadapnya.

    (3) Tiada seorang pun pegawai polis boleh bertanggungan terhadap apa-apa kerugian, kecederaan atau kerosakan yang berlaku ke atas mana-mana orang atau apa-apa harta berbangkit daripada

    Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah dan perintah bagi mengawal lalu lintas

    29. (1) Seorang Pesuruhjaya atau seorang Ketua Pegawai Polis boleh berkenaan dengan suatu Negeri, dengan kelulusan Menteri Besar atau Ketua Menteri Negeri tersebut, mengikut mana yang berkenaan, membuat kaedah-kaedah bagi―

    (a) menjaga ketenteraman dan mencegah halangan atau kesulitan di jalan awam, lorong, jalan tembus, tempat mendarat dan feri dan di tempat awam dan di tempat kunjungan awam (sama ada tempat itu di atas tanah Kerajaan atau selainnya);

    (b) melarang digunakan jalan awam, lorong, jalan tembus, tempat mendarat dan feri yang tertentu sama ada dengan mutlak atau bersyarat.

    (2) Seorang Pesuruhjaya atau seorang Ketua Pegawai Polis boleh membuat perintah menetapkan jalan yang dikehendaki dilalui oleh kenderaan bagi maksud menurunkan atau mengambil orang, hingga dan apabila meninggalkan mana-mana tempat mendarat, feri atau tempat perhimpunan atau tempat kunjungan awam, dan tempat di mana dan tertib bagaimana kenderaan itu dikehendaki menunggu bagi maksud yang tersebut dahulu:

    Dengan syarat bahawa tiada sesuatu perintah yang menghendaki kenderaan diletakkan di atas tanah kepunyaan pihak persendirian di bawah subseksyen ini boleh dibuat kecuali dengan keizinan pemunya atau penduduk tanah itu.

    (3) Maka bolehlah dikenakan bagi pelanggaran apa-apa kaedah atau perintah yang tersebut dahulu suatu penalti tidak melebihi dua ratus ringgit.

Support